Download Kajian :
(MP3 Format, 5,50 MB)
Download Lanjutan Kajian dan Tanya Jawab :
(MP3 Format, 3,38 MB)
415. Dari Anas Radhiyallohu 'anhu bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dan Mu'az ada di belakangnya sama- sama menaiki suatu kendaraan. Beliau Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hai Mu'az. Mu'az menjawab: "Labbaik, ya Rasulullah, wa sa'daik," (ini adalah kata-kata mengiyakan bagi orang Arab yang amat sopan sekali). Beliau Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda lagi: "Hai Mu'az. Mu'az menjawab: "Labbaik, ya Rasulullah wa sa'daik." Beliau Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda lagi: "Hai Mu'az. Mu'az menjawab: "Labbaik, ya Rasulullah wa sa'daik." Tiga kali banyaknya. Selanjutnya beliau Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tiada seorang hamba pun yang menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah hamba Allah dan RasulNya, dengan penuh keyakinan dalam hatinya, melainkan Allah akan mengharamkan orang itu masuk ke dalam neraka." Mu'az berkata: "Ya Rasulullah, bukankah lebih baik jikalau berita ini saya kabarkan kepada seluruh manusia, supaya mereka itu ikut bergembira." Beliau Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Kalau itu diberitahukan tentu orang-orang akan hanya bertawakal saja - yakni tanpa beramal ibadat dan merasa akan selamat dengan ucapan syahadat belaka dan yang sedemikian tentulah salah jadinya. Oleh sebab itu Mu'az memberitahukan sabda beliau Shallallahu 'alaihi wasallam ini sewaktu hendak matinya saja karena takut berdosa." (Muttafaq 'alaih)
Perkataan Anas Radhiyallohu 'anhu: Ta-atstsuman iaitu takut berdosa kerana menyimpan ilmu ini - yakni apa-apa yang diterima dari Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam itu.
Didalam kajian ini akan banyak diterangkan tentang keutamaan aqidah dan tauhid, sangat penting dan pembahasan yang amat luar biasa oleh ustadz. Semoga kita semua bisa mencerna dan memahami kaidah yang diberikan dalam kajian ini, insya Alloh.
Posting Komentar